Ciri-ciri Stesen Stesen_MRT_Batu_11_Cheras

Lokasi

Stesen ini terletak di sebelah selatan pekan Batu 11 Cheras, Selangor. Di sebelah timur stesen adalah Lebuhraya Grand Saga manakala di sebelah selatan stesen adalah persimpangan Bandar Sg. Long Lebuhraya Grand Saga. Terletak berhampiran stesen adalah Taman Indah dan kawasan perniagaan Cheras Raya.

Pelan stesen

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
SBK Arah Selatan Laluan Sungai Buloh–Kajang menghala ke  SBK35  Kajang (Bukit Dukung)
SBK Arah Utara Laluan Sungai Buloh–Kajang menghala ke  SBK01  Sungai Buloh (Bandar Tun Hussein Onn)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
L1Aras legarMesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan
GAras tanahPintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[3]

Perkhidmatan bas

Bas RapidKL laluan T416 dan T417 berkhidmat di stesen ini.